array(5) {
  ["library"]=>
  string(6) "0.0000"
  ["result"]=>
  string(6) "0.0355"
  ["book"]=>
  string(6) "0.0035"
  ["slice"]=>
  string(6) "0.0000"
  ["all"]=>
  string(6) "0.0391"
}
Setitik Air Di Hujung Kail | Shazly MF | KarnaDya Solutions Sdn Bhd | 978-967-406-093-0 | BookCapital - Capital For Books

Setitik Air Di Hujung Kail by Shazly MF

Setitik Air Di Hujung Kail by Shazly MF from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Shazly MF
Category: Teen Novel
ISBN: 978-967-406-093-0
File Size: 0.86 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Wani, seorang kanak-kanak malang yang lahir tanpa ayah dan kurang diberi perhatian oleh ibunya yang begitu tekun bekerja. Pertemuannya dengan Cik Yan telah membuka satu lembaran baru baginya yang ketika itu dahagakan kasih seorang ayah dan secara tak langsung telah mendedahkannya kepada satu hobi yang dianggap sia-sia bagi sesetengah orang, termasuklah ibunya sendiri iaitu memancing. Namun tanpa diduga oleh sesiapa, hobi itu menjadi satu ikatan yang kukuh antara kedua-duanya. Tetapi sayang, di kemuncak kemesraannya dengan Cik Yan, mereka terpaksa berpisah, dan Wani dipaksa untuk melupakannya atas satu dorongan halus yang menghasut ibunya agar berbuat demikian. Mengapa Wani harus melupakan Cik Yan yang telah mengisi ruangan kosong dalam dirinya? Apa pula yang mendorong ibunya untuk memusuhi Cik Yan? Sebahagian dari persoalan kerap bermain di kotak fikirannya dan bertahun-tahun menghantuinya. Hanya pada ibunya sahaja tersimpan akan jawapannya. Namun akhirnya si ibu terpaksa pergi dijemput Ilahi meninggalkan Wani sendirian yang bergelut dalam kegelapan. Tinggal bersama bapa saudaranya, Pak Cik Mansor, perlahan-lahan telah memberikan sinaran dalam hidupnya. Dan Wani akhirnya memperolehi kebahagiaan yang tidak pernah diidamkannya sehingga memori silamnya semakin terhapus. Namun ibarat ikatan yang bertaut kukuh, persoalan-persoalan lama kembali menagih jawapan memaksa Wani keluar berlayar ke tengah lautan masyarakat yang dipenuhi pelbagai ragam dan kisah. Dengan hanya berbekalkan secebis memori dan sebiji gewang usang, berjayakah Wani memburu jawapan kepada segala persoalan yang menghantuinya?

Reviews

Write your review

Recommended