Penyakit Jantung by Dr Bruce Miller

Penyakit Jantung by Dr Bruce Miller from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Dr Bruce Miller
Category: General Academics
ISBN: 978-983-2106-64-7E
File Size: 0.86 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Penyakit jantung ialah pembunuh nombor satu bagi kedua-dua kaum lelaki dan perempuan dalam beberapa buah negara. Di Amerika Syarikat sahaja ia membunuh lebih satu setengah juta orang setiap tahun. Gejala pertama penyakit jantung bagi kebanyakan orang ialah kematian mengejut. Berita baiknya ialah faktor-faktor risiko utama penyakit jantung telah pun dikenalpasti. Buku kecil ini menerangkan faktor-faktor risiko tersebut dan bagaimana ia boleh diubahsuai dengan melakukan beberapa perubahan yang mudah dalam gaya hidup anda. Buku ini juga membincangkan tentang homosistena, suatu faktor risiko baru dalam penyakit kardiovaskular. Sesetengah orang mengalami kesusahan besar untuk menurunkan kolesterol mereka melalui kaedah pendietan. Bagi orang seperti itu, kerap kali satu-satunya jalan keluar ialah drug. Buku ini menawarkan satu lagi alternatif. Terdapat beberapa tambahan diet yang membawa kesan-kesan yang menakjubkan dalam usaha menurunkan kolesterol … menurun sehingga 30 mata dalam 30 hari! Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan bahawa kolesterol LDL bukan pesalahnya, tetapi suatu bentuk khas kolesterol LDL yang dioksidasikan merupakan penjahat yang sebenar. Kolesterol dioksidasikan yang amat berbahaya ini boleh dihalang oleh beberapa nutrien tertentu yang diambil pada paras yang lebih tinggi sedikit daripada U.S. RDA. Juga ditinjau dengan agak mendalam beberapa jenis vitamin dan herba, diet, gaya hidup yang sihat dan beberapa mineral dalam bentuk makanan tambahan yang boleh membantu anda mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Maklumat dalam buku ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda.

Reviews

Write your review

Recommended